AM > BERITA

Bomba Kenal Pasti 610 Hotspot Banjir Di Kelantan

02/10/2024 06:58 PM

BACHOK, 2 Okt (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan mengenal pasti 610 kawasan “hotspot” banjir pada musim tengkujuh akan datang di negeri ini.

Pengarah JBPM Kelantan Jainal@ Zainal Madasin berkata antara kawasan itu ialah daerah Tumpat, Rantau Panjang dan Kuala Krai.

Beliau berkata kesemua kawasan berkenaan terjejas banjir pada setiap tahun. 

“Bomba akan beri tumpuan kepada kawasan hotspot ini terutama dari segi keanggotaan dan logistik yang ditempatkan di balai berdekatan dengan lokasi terlibat banjir.

“Cuti mereka (anggota) juga akan dibekukan dan sekiranya keanggotaan serta logistik tidak mencukupi kita akan mendapatkan bantuan dari negeri-negeri yang tidak terlibat banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan JBPM Siri 3 Tahun 2024 di Pusat Latihan Negeri Balai Bomba dan Penyelamat Bachok di sini hari ini.

Zainal berkata lebih 1,300 anggota akan bertugas bagi menghadapi bencana banjir di Kelantan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan