BERITA TERGEMPAR   The future of ASEAN must include Timor-Leste, whose inclusion will expand the region's economy and contribute to fulfilling our grand vision - PM Anwar | Laos secara rasmi serah kepengerusian ASEAN kepada Malaysia | 
 AM > BERITA

Hospital Bachok Dijangka Beroperasi November Ini - Dr Zaini

11/10/2024 05:38 PM

BACHOK, 11 Okt (Bernama) -- Hospital Bachok yang dijangka mula beroperasi bulan depan akan membolehkan lebih 100,000 penduduk menikmati kemudahan kesihatan di sekitar daerah itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Husin berkata dengan adanya Hospital Bachok, ia mampu mengurangkan jumlah pesakit di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu dan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian.

Beliau berkata Hospital Bachok akan menjadi rujukan kepada pesakit, malah penduduk sekitar juga tidak lagi perlu bergerak jauh bagi mendapat perkhidmatan kesihatan dan perubatan diperlukan. 

"Hospital Bachok ini akan beroperasi bermula November depan dan ia diharap akan memberi manfaat bukan sahaja kepada penduduk, tetapi juga petugas-petugas kesihatan di hospital ini.

“…dengan siapnya Hospital Bachok, ia selaras dengan tema Rancangan Malaysia ke-12 iaitu memperkemas perkhidmatan penjagaan kesihatan positif yang tidak mencukupi,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Projek Siap Hospital Bachok di sini hari ini.

Beliau berkata projek membina dan menyiapkan baki kerja cadangan Hospital Bachok melibatkan 76 katil yang mengandungi blok hospital tiga tingkat.

"Terdapat dua bilik pembedahan, klinik-klinik pakar, tiga wad untuk pesakit lelaki, perempuan, ibu serta anak, selain adanya dewan bersalin, forensik, makmal, ruang dialisis, kecemasan, pengimejan, ruang sokongan, perubatan dan unit pentadbiran serta latihan,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan