AM > BERITA

PRULive Well: Jaminan Kewangan Untuk Populasi Menua Di Malaysia

14/10/2024 05:20 PM

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) telah melancarkan PRULive Well, penyelesaian insurans warisan yang bertujuan menyediakan jaminan kewangan seumur hidup kepada individu hilang upaya dalam menempuh usia emas.

PAMB dalam kenyataan memaklumkan PRULive Well diperkenalkan sebagai langkah menangani kebimbangan yang semakin meningkat berkaitan Malaysia dijangka mencapai status negara menua dengan 14 peratus daripada penduduknya mencapai usia 65 tahun dan ke atas menjelang 2043.

PRULive Well menawarkan pendapatan yang terjamin apabila seseorang itu tidak berupaya melakukan aktiviti kehidupan seharian (ADL) merangkumi makan, mandi, berpakaian dan bergerak.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan kaji selidik kesihatan negara sejak 2006, peningkatan risiko kesihatan telah menyebabkan penyakit strok meningkat dengan ketara terutama dalam kalangan individu berusia bawah 65 tahun, yang semakin menimbulkan keperluan untuk penyelesaian kewangan yang mudah diakses dan boleh dipercayai seperti PRULive Well.

“Dengan PRULive Well, individu boleh menerima bantuan pendapatan dikenali Manfaat Pendapatan Bulanan (MIB) hingga 20 tahun untuk membantu mereka mendapatkan pilihan penjagaan berbantuan. Individu akan menerima 50 peratus daripada MIB jika mereka tidak berupaya melakukan dua ADL dan 100 peratus daripada MIB sekiranya tidak berupaya melakukan sekurang-kurangnya tiga ADL,” menurut PAMB.

PAMB memaklumkan pelanggan boleh menikmati ketenangan fikiran sepanjang hayat dengan memilih perlindungan dari umur 80, 90 hingga 100 tahun.

Sekiranya orang yang diinsuranskan meninggal dunia, orang tersayang mereka akan menerima bayaran sekali gus hingga 250 kali MIB, memberikan jaminan kewangan dan sokongan untuk orang tersayang.

 “PRULive Well juga memastikan premium masa depan akan dijaga sekiranya pelanggan menjadi hilang upaya atau tidak berupaya untuk bekerja demi menjamin perlindungan mereka berterusan tanpa gangguan. Sekiranya pelanggan hidup sehingga akhir tempoh perlindungan, mereka akan menerima bayaran balik sekali gus untuk jumlah premium yang telah dibayar,” menurut kenyataan itu.

Ketua Pegawai Kewangan PAMB Ankur Bassi menerusi kenyataan sama berkata PRULive Well memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan dan orang tersayang.

“Walaupun kita hidup lebih lama, tidak semestinya bermakna kita menjalani hidup yang lebih sihat. Apabila seseorang menjadi hilang upaya atau tidak berupaya untuk melakukan tugas harian, mereka memerlukan penjagaan sepenuh masa yang mendatangkan beban kewangan, oleh sebab itu kami melancarkan PRULive Well,” katanya.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Perkongsian Pengedaran PAMB Eric Wong pula berkata PRULive Well bermatlamat menawarkan bukan sahaja jaminan kewangan tetapi juga keyakinan bahawa pelanggan dan keluarga mereka dilindungi serta disokong sepanjang hidup mereka.

“Kami komited untuk menyediakan penyelesaian insurans yang inovatif yang memenuhi keperluan pelanggan kami yang sentiasa berubah,” katanya.

 -- BERNAMA

 

Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel tersebut.


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan