AM > BERITA

KPDN Kelantan Sita Lebih 100 Jaket Guna Cap Dagang Berdaftar Tanpa Kebenaran

16/10/2024 02:34 PM

KOTA BHARU, 16 Okt (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, menumpaskan sindiket penjualan 131 helai jaket pelbagai saiz yang melibatkan penggunaan cap dagang berdaftar tanpa kebenaran di Tumpat hari ini.

Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata pihaknya, turut menyita kesemua jaket berkenaan yang disyaki dipakaikan cap dagangan jenama terkenal dengan nilai rampasan dianggarkan RM4,585.

Beliau berkata serbuan dilakukan susulan aduan yang diterima daripada pemilik cap dagang mengenai aktiviti penjualan jaket tiruan secara dalam talian yang berleluasa.

“Pemilik premis iaitu seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an disiasat di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019, dengan kesalahan memiliki dan menggunakan cap dagangan berdaftar untuk tujuan perdagangan tanpa kebenaran.

“KPDN Kelantan memberikan amaran keras kepada peniaga lain agar tidak terlibat dalam kegiatan penjualan barangan tiruan yang melanggar undang-undang, dan akan terus menjalankan pemantauan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan