AM > BERITA

JPJ Kelantan Peroleh Lebih RM150,000 Hasil Lelongan 38 Kenderaan Kepada Awam

16/10/2024 03:10 PM

KOTA BHARU, 16 Okt (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan hari ini memperoleh RM151,100 hasil daripada lelongan 38 buah kenderaan pelbagai jenis membabitkan 58 pembida.

Pengarah berkenaan Mohd Misuari Abdullah berkata antara kenderaan yang dilelong ialah kereta jenis Honda Jazz, Proton Saga, Toyota Vios, Mini Cooper dan motosikal Yamaha RXZ.

Beliau berkata kenderaan yang dilelong itu membabitkan pelbagai kesalahan seperti lesen kenderaan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, memiliki kenderaan bermotor tidak berdaftar dan mempamer nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan itu.

"Hasil tertinggi kenderaan yang dilelong adalah kereta jenis Toyota model BB dengan harga RM35,000," katanya kepada pemberita selepas lelongan itu di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Misuari berkata bagi tahun 2022, pelupusan kenderaan telah dibuat sebanyak dua kali yang melibatkan secara sebut harga dan lelongan awam melibatkan 66 buah kenderaan dengan hasil kutipan sebanyak RM226,584.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan