AM > BERITA

PDRM Pastikan Insentif Belanjawan 2025 Dimanfaatkan Sepenuhnya - KPN

18/10/2024 10:28 PM

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan semua perkara yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2025 untuk pasukan keselamatan itu, akan dimanfaatkan sepenuhnya, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

“PDRM kekal komited dengan fokus menyampaikan perkhidmatan berpaksikan integriti dan tatakelola yang baik, serta mendukung dasar-dasar kerajaan ke arah kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

“PDRM sambut baik dan menghargai usaha kerajaan dalam menyalurkan peruntukan yang bakal dinikmati secara langsung oleh seluruh warga pasukan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menerusi Belanjawan 2025, beberapa pejabat polis baharu akan dibina tahun hadapan dengan kos RM2.1 bilion melibatkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan Balai Polis Tanjung Minyak, Melaka.

Selain itu, turut diumumkan ialah lebih RM1.8 bilion disediakan bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awam termasuk guru, doktor, anggota polis, bomba, penjara dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan