AM > BERITA

Tiada Mendapan Atau Rekahan Baharu Lubang Benam

20/10/2024 07:11 PM

GEORGE TOWN, 20 Okt (Bernama) --Tiada mendapan atau rekahan baharu dikesan sepanjang kerja-kerja membaiki paip bocor milik Indah Water Konsortium (IWK) menyebabkan insiden lubang benam di Lebuh Bukit Kecil 3, dekat Pantai Jerejak, Bayan Lepas, Rabu lepas,

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak Fahmi Zainol berkata semua kerja pembaikan yang dijalankan sejak Khamis lepas berjalan lancar seperti dirancang dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh seminggu.

"Pemeriksaan dari semasa ke semasa juga mendapati tiada mendapan atau rekahan baharu di kawasan tersebut sepanjang kerja pembaikan paip itu dijalankan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan akibat daripada kebocoran pada paip itu, berlaku kejadian lubang berkeluasan 10 meter dengan kedalaman tiga meter di kawasan berkenaan.

Hasil tinjauan oleh pihak IWK melalui rakaman kamera ke dalam paip pembentung mendapati telah berlaku pecahan pada paip dan susulan itu pengguna jalan raya perlu menggunakan laluan alternatif kerana jalan ke Taman Sri Nibong melalui Krystal Point akan ditutup selama seminggu.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan