AM > BERITA

Banjir Di Temerloh Pulih Sepenuhnya

20/10/2024 08:31 PM

KUANTAN, 20 Okt (Bernama) -- Banjir di daerah Temerloh pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Semantan yang menempatkan 133 mangsa daripada 31 keluarga ditutup 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang memaklumkan ketika negeri ini dilanda banjir bermula 13 Okt lepas, sebanyak 10 PPS telah beroperasi bagi menempatkan 1,859 mangsa daripada 556 keluarga.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Che Adam A Rahman menasihati penduduk di kawasan berisiko banjir supaya terus peka dengan kenaikan paras sungai.

“Kita belum masuk Monsun Timur Laut (MTL), namun penduduk diminta berwaspada dengan cuaca dan akur arahan berpindah sekiranya diminta berbuat demikian,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan MTL diramalkan bermula seawal minggu keempat bulan ini manakala data Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan 763 kawasan di seluruh negeri ini sebagai lokasi berisiko banjir. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan