JITRA, 3 Dis (Bernama) -- Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semasa memukat ikan, Ahad lepas, ditemukan lemas di sungai Kampung Paya Parit Lateh di sini pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata mayat Ismail Hashim, 49, ditemukan pada 7.50 pagi.
"Mangsa dijumpai menerusi operasi pencarian yang diteruskan hari ini pada 7.46 pagi dengan membuat pencarian di permukaan di sekitar lokasi.
“Mayat diserahkan kepada pihak polis manakala operasi tamat sepenuhnya pada 10.09 pagi tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahad lepas, Ismail dilaporkan hilang pada kira-kira 7.15 malam selepas dilihat tenggelam beberapa kali ketika sedang menyeberang sungai berkenaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial