AM > BERITA

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Perak, Selangor Dan Sabah

21/12/2024 10:42 AM

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda Perak, Selangor dan Sabah, hingga tengah hari ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan di Perak melibatkan kawasan Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak manakala Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling dan Kuala Langat.

Di Sabah pula kawasan dijangka terlibat ialah Pedalaman (Nabawan), menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan