LAHAD DATU, 21 Dis (Bernama) -- Syarikat konsesi Globinaco Sdn Bhd yang terlibat dengan kerja penyelenggaraan jalan raya negeri menghadapi kesukaran untuk membaiki Jalan Kilang di sini yang rosak teruk, berikutan terdapat bantahan daripada pihak ketiga.
Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Sabah dalam kenyataan berkata pihak ketiga itu mendakwa bahawa status tanah itu adalah milik persendirian dan bukannya rizab jalan.
"Lokasi jalan sudah disenaraikan untuk pembaikan pada tahun ini dan peruntukan juga diluluskan, tetapi kerja-kerja pembaikan tidak dapat dilakukan kerana bantahan pihak ketiga yang mendakwa status tanah itu sebagai tanah persendirian dan bukannya rizab jalan," menurut kenyataan itu.
Keadaan jalan itu kini didapati semakin teruk dengan kemunculan beberapa lubang besar di kiri dan kanan jalan sehingga menyukarkan kenderaan kecil menggunakan laluan berkenaan.
JKR Sabah berkata perkara itu telah dirujuk kepada Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) dan pihaknya sedang sedang menunggu pengesahan daripada JTU.
Semalam tular satu video di media sosial memaparkan keadaan jalan rosak berlubang di kawasan berkenaan sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial