AM > BERITA

TPM Fadillah Ucap Selamat Hari Wilayah Persekutuan

01/02/2025 02:44 PM

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan Selamat Hari Wilayah Persekutuan 2025 kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata sambutan yang mengangkat tema ‘Wilayah Persekutuan Kita’ menggambarkan nilai keharmonian, semangat kebersamaan dan kerjasama erat dalam memacu pembangunan bersama.

“Marilah kita bersama-sama menyemarakkan lagi nilai-nilai perpaduan, kesefahaman dan keharmonian dalam kalangan kita supaya terus utuh dan padu demi mendepani apa jua cabaran mendatang.

“Ayuh! Bersama-sama kita memacu pembangunan ‘Wilayah Persekutuan Kita’,” katanya.

Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Feb setiap tahun bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan dan tahun ini merupakan sambutan kali ke-21 sejak diperkenalkan pada 2004.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan