Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Nahas Bas Penuntut UPSI: Sultan Mizan, Sultanah Nur Zahirah Zahir Ucapan Takziah

10/06/2025 11:37 AM

KUALA TERENGGANU, 10 Jun (Bernama) -- Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat, berhampiran Tasik Banding, Gerik awal pagi semalam.

Datuk Pengelola Seri Bijaya Diraja Datuk Mohd Sophian Abu Bakar dalam kenyataan hari ini memaklumkan baginda berdua turut menzahirkan rasa dukacita yang amat mendalam serta mendoakan agar keluarga mangsa tabah dan sabar menghadapi ujian yang ditentukan Allah S.W.T.

Beliau berkata Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah juga mendoakan agar semua mangsa yang sedang menerima rawatan di hospital diberikan kesembuhan segera dan segala urusan berkaitan dipermudahkan.

"Baginda berdua amat berduka dengan tragedi ngeri yang menimpa keluarga dan 15 penuntut UPSI. Baginda berdua turut berdoa agar roh mereka dihimpunkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh," katanya.

Dalam kejadian yang berlaku antara 12.30 hingga 1 pagi itu, 15 penuntut UPSI maut selepas bas yang disewa khas dari Jertih ke Tanjung Malim terbalik dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Alza di JRTB berhampiran Tasik Banding.

Kemalangan turut mengakibatkan 33 lagi cedera, termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Alza.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan