Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

DNAA Kes SRC Najib Urusan Hakim, Saya Tidak Masuk Campur- PM Anwar

20/06/2025 03:49 PM

PUCHONG, 20 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mencampuri sebarang urusan perundangan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada tiga pertuduhan membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta.

“Itu keputusan hakim, Peguam Negara… saya tak masuk campur,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Seri Aman, di sini hari ini.

Terdahulu hari ini, Hakim K Muniandy membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk melepas tanpa membebaskan Najib selepas mendapati pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan yang tertangguh sejak 2019. 

Mahkamah dimaklumkan pihak pendakwaan belum memperoleh dokumen penting sebagai bukti, dan kelewatan itu menafikan hak tertuduh untuk mendapat penyelesaian yang sewajarnya dan tepat pada masanya.

Perintah DNAA (lepas tanpa bebas) bermaksud tertuduh dilepaskan daripada pertuduhan sementara waktu, namun boleh didakwa semula jika pendakwaan memutuskan untuk meneruskan prosiding pada masa akan datang.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan