Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Jenama Tempatan Beralih Kepada Shopee "Affiliate" Untuk Jana Jualan

20/06/2025 07:44 PM

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Jenama tempatan kini mula beralih kepada Shopee Affiliate sebagai pendekatan pemasaran strategik yang berlandaskan hubungan autentik dan boleh dipercayai, yang mampu mendorong pertumbuhan jualan secara mampan.

Menerusi kenyataan platform e-dagang itu hari ini, beberapa jenama terkemuka seperti Signature Market, Naelofar, Oxwhite dan Nanovet telah berjaya memanfaatkan strategi pemasaran itu dan menukarkannya kepada saluran jualan berskala besar yang dibina berasaskan kepercayaan dan kandungan asli.

Shopee menyediakan ekosistem kandungan berasaskan prestasi melalui platform seperti Affiliate Marketing Solution (AMS), Shopee Live dan Shopee Video, membolehkan mereka memperluas capaian jenama menerusi cerapan prestasi yang telus, kadar komisen yang fleksibel serta format kandungan yang direka untuk mengoptimumkan kadar penukaran jualan.

Ketua Pemasaran Shopee Malaysia Tan Ming Kit berkata pelaburan dalam program affiliate kini memberikan pulangan ketara dengan kandungan yang dihasilkan affiliate bukan sekadar memperluas capaian, tetapi juga meningkatkan kesesuaian dan kredibiliti menerusi ulasan jujur, demonstrasi secara langsung dan penceritaan yang membina kesetiaan jangka panjang.

Bagi Signature Market, pendekatan affiliate terbukti berkesan apabila kandungan yang dihasilkan berdasarkan pengalaman sebenar lebih diyakini pengguna. 

Pengurus Kanan Pemasaran Signature Market Adrian Choong Ho Ee berkata berbeza dengan strategi konvensional, Signature Market membenarkan affiliate memilih produk yang sesuai dengan gaya kandungan syarikat itu.

Contohnya, pencipta kandungan haiwan peliharaan mengetengahkan snek haiwan, jurulatih kesihatan menyertakan overnight oats dalam resipi manakala pengulas penjagaan kulit memperkenalkan rangkaian penjagaan diri.

Affiliate paling memahami audiens mereka. Apabila mereka berkongsi cara produk kami digunakan dalam kehidupan sebenar, ia membina kredibiliti yang tidak boleh ditandingi oleh iklan tradisional,” katanya yang turut memaklumkan jualan daripada saluran affiliate meningkat 30 peratus dalam tempoh tiga bulan terakhir.

Sementara itu, Ketua Pemasaran Naelofar Nadia Norzuhdy berkata dengan memanfaatkan AMS, Naelofar memudahkan affiliate menetapkan kadar komisen seluruh kedai dan mempromosikan produk dengan lebih aktif tanpa memerlukan pelaburan besar dalam pemasaran media sosial. 

Nadia berkata syarikat itu turut memberikan tumpuan kepada penghasilan kandungan berkualiti tinggi seperti video tutorial hijab dan padanan gaya harian yang memberikan hasil memberangsangkan, iaitu menjana pulangan pelaburan 21 kali ganda dalam separuh pertama 2025.

Impaknya turut dapat dilihat terhadap jenama gaya hidup Oxwhite apabila satu produk yang sebelum ini kurang laris, habis terjual dalam satu malam hasil penstriman langsung oleh seorang affiliate.

Ketua Pegawai Eksekutif Oxwhite CK Chang berkata dalam tempoh tiga bulan lepas, kempen affiliate telah membantu meningkatkan kadar jualan produk termasuk barangan yang sebelum ini kurang mendapat sambutan. Kini, affiliate menjana hampir satu per empat daripada jumlah keuntungan Oxwhite.

“Ramai dalam kalangan affiliate kami merupakan pengguna setia sejak awal penubuhan jenama kami. Mereka bukan sekadar mempromosikan, sebaliknya berkongsi sesuatu yang mereka yakini,” katanya.

Sementara itu, melalui kerjasama dengan pencipta kandungan dalam bidang haiwan peliharaan, jenama penjagaan haiwan tempatan Nanovet berjaya menyampaikan testimoni berkualiti, menjelaskan manfaat produk, serta memberikan panduan tepat melalui Shopee Live dan Video.

Pengasas Nanovet Simon Gan berkata satu kisah peribadi yang dikongsi oleh affiliate mengenai penggunaan suplemen minyak salmon Nanovet telah meningkatkan jualan mingguan sebanyak 40 peratus sekali gus mendorong jenama ini untuk menggandakan pelaburan dalam program affiliate.

“Hal ini bukan sekadar lonjakan sementara, ia bentuk pengenalan berasaskan kepercayaan yang mampu membawa pelanggan setia dalam jangka masa panjang,” katanya. 

Shopee turut giat memupuk pertumbuhan ekosistem ini menerusi inisiatif seperti Shopee House — acara utama dalam kalendar affiliate yang bakal berlangsung esok bersempena dengan Shopee 7.7 Mid Year Sale.

Acara ini akan menghimpunkan lebih 80 jenama termasuk Signature Market, Naelofar, Oxwhite, dan Nanovet, serta lebih 2,000 affiliate, menerusi sesi panel langsung, bengkel kandungan dan sesi padanan jenama yang dirangka bagi menterjemahkan kepercayaan kepada hasil jualan.

Sebarang maklumat lanjut boleh layari https://shopee.com.my/m/shopeehouse-midyearfestival.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan