DUNIA > BERITA

Perang Ke Atas Iran Boleh Ditamatkan, Jika Tehran Akur Syarat - Trump

06/05/2026 10:07 PM

ISTANBUL, 6 Mei (Bernama-Anadolu) -- Perang Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran boleh ditamatkan sekiranya Tehran mematuhi syarat perjanjian yang dikemukakan, kata Presiden AS Donald Trump sambil memberi amaran pengeboman baharu akan menyusul jika Iran menolak (syarat berkenaan) lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Mengandaikan Iran bersetuju untuk memberi apa yang telah dipersetujui, iaitu, mungkin, satu andaian yang besar, (operasi) Epic Fury yang ulung akan berakhir, dan Sekatan yang sangat berkesan akan membolehkan Selat Hormuz TERBUKA KEPADA SEMUA, termasuk Iran," kata Trump dalam akaun Truth Social beliau.

Selat Hormuz adalah antara laluan air paling strategik di dunia yang menghubungkan Teluk Parsi dengan Teluk Oman dan Laut Arab.

Sebarang gangguan di selat berkenaan boleh membawa kesan yang ketara kepada pasaran tenaga global dan keselamatan serantau.

Trump juga memberi amaran bahawa jika Iran tidak menerima syarat itu, pengeboman akan diteruskan "pada tahap dan intensiti yang lebih tinggi" daripada sebelumnya.

Kenyataan itu tidak memberikan butiran lanjut mengenai perjanjian tersebut, tuntutan khusus yang dikenakan ke atas Iran, atau masa untuk sebarang tindakan ketenteraan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan