IPOH, 22 Jun (Bernama) -- Perak muncul sebagai negeri paling banyak dikunjungi pelancong domestik dengan mencatatkan sejumlah 10.2 juta pelancong pada tahun lepas berbanding negeri-negeri lain.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Loh Sze Yee berkata statistik itu berdasarkan laporan Survei Pelancongan Domestik 2024 diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 19 Jun lepas.
Beliau berkata laporan itu menunjukkan Perak mengalami peningkatan ketara dalam ketibaan pelancong, iaitu sebanyak 36.1 peratus berbanding 7.5 juta pada 2023.
“Negeri Perak mencatatkan jumlah pelancong domestik paling tinggi, iaitu sepanjang tahun lepas, sebanyak 10.2 juta orang, dikuti Selangor dan juga Pahang, iaitu masing-masing mencatatkan 9.6 juta dan 9.5 juta.
“Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemain industri termasuk pihak kerajaan, di PBT (pihak berkuasa tempatan) atau pejabat daerah dan tanah (PDT) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan terutamanya peniaga, rakyat biasa yang telah berusaha menjadikan Perak sebagai destinasi pelancongan utama,” katanya dalam kenyataan.
Menurut laporan itu, antara lima destinasi utama ialah Teluk Batik, Lumut Waterfront, Ipoh Night Market, Taman Rekreasi Gunung Lang, dan Pulau Pangkor manakala lima daerah pula terdiri Kinta, Larut dan Matang, Manjung, Kuala Kangsar, dan Batang Padang.
Loh berkata jumlah peningkatan itu juga disumbangkan oleh keberkesanan kempen Tahun Melawat Perak pada tahun lepas dengan usaha bersama PBT dan PDT di peringkat kerajaan negeri serta kesinambungan kerjasama erat terutamanya dengan kerajaan pusat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial