Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Pelantikan Ketua Audit Negara Teratur, Tiada Keperluan Wan Suraya Dibersarakan - AGC

25/07/2025 09:17 PM

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menjelaskan berdasarkan Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan subperenggan 1(1) Jadual Pertama kepada Akta Audit 1957 (Akta 62),  Ketua Audit Negara boleh dilantik dalam kalangan anggota perkhidmatan awam.

Menerusi satu kenyataan hari ini, AGC memaklumkan bahawa merujuk kepada Fasal (2) Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan, apabila Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi dilantik sebagai Ketua Audit Negara berkuat kuasa 13 Jun 2023, beliau tidak lagi memegang apa-apa pelantikan lain dalam perkhidmatan Persekutuan.

Oleh itu, beliau tidak lagi menjadi anggota skim perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

“Meskipun beliau tidak lagi menjadi anggota skim perkhidmatan PTD, Ketua Audit Negara masih terus menjadi anggota perkhidmatan awam am berdasarkan Seksyen 3 Akta 62.

“Memandangkan pelantikan beliau sebagai Ketua Audit Negara adalah teratur, maka tiada keperluan untuk beliau dibersarakan demi kepentingan negara,” menurut kenyataan itu.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini berkata pelantikan Wan Suraya sebagai Ketua Audit Negara adalah sah dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan