Ad Banner
 AM > BERITA

Penganjuran Sukan SEA 2027 Peluang Perteguh Imej Malaysia - PM Anwar

31/07/2025 02:47 PM

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Peluang menganjurkan temasya Sukan SEA 2027 akan digunakan untuk memperteguh imej Malaysia di mata dunia, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat di sini hari ini berkata selain Sukan SEA 2027, negara juga akan menjadi tuan rumah bagi beberapa kejohanan sukan antarabangsa lain dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Kesempatan menganjurkan sukan berprestij sebegini akan dimanfaatkan untuk memperteguh imej Malaysia di persada antarabangsa.

“Ia juga menjadi medan penting dalam menyuburkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat,” katanya.

Selain Kuala Lumpur, penganjuran Sukan SEA 2027 turut membabitkan tiga negeri lain iaitu Sarawak, Pulau Pinang dan Johor.

Malaysia sebelum ini pernah menjadi tuan rumah temasya sukan dwitahunan tersebut bagi edisi 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017.

RMK13 yang bertemakan ‘Melakar Semula Pembangunan’ merupakan pembangunan lima tahun negara bagi tempoh 2026 hingga 2030.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan