Ad Banner
 AM > BERITA

Tiga Kedai Dua Tingkat Musnah Terbakar Di Johor Bahru

02/08/2025 04:51 PM

JOHOR BAHRU, 2 Ogos (Bernama) -- Tiga unit kedai dua tingkat di Jalan Ungku Puan di sini, termasuk sebuah restoran makanan tradisional India yang beroperasi hampir 20 tahun dan kedai menjual barangan sembahyang yang sudah berusia 27 tahun, musnah hampir 95 peratus dalam kebakaran pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata mereka menerima panggilan kecemasan pada 7.28 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, BBP Tebrau dan BBP Kota Tinggi dikejarkan ke lokasi.

"Setibanya pasukan di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan tiga unit kedai jenis kekal berukuran 22 x 70 x 18 kaki setiap satu. Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran sepanjang 300 kaki dengan empat pancutan, bersumberkan air dari tangki jentera dan pili bomba berhampiran," menurut JBPM dalam kenyataan. 

Bagaimanapun, operasi berdepan halangan apabila tekanan air pili bomba rendah.

Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan Nordatul Badrol Abd Rahman dan dibantu Komander Operasi Kanan, Timbalan Penguasa Bomba I Mohd Suhaimi Abdul Jamal itu melibatkan 31 anggota bersama enam jentera.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan