Ad Banner
 AM > BERITA

Flexi Parking Raih Dua Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

18/08/2025 04:15 PM

SHAH ALAM, 18 Ogos (Bernama) -- Flexi Parking, sebuah sistem bayaran tempat letak kereta pintar, hari ini menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR).

Pengiktirafan itu diberikan menerusi kejayaan aplikasi parkir pintar bersepadunya yang mendapat sokongan pihak berkuasa tempatan (PBT) paling meluas serta mencatat transaksi pembayaran parkir harian tertinggi di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Leading Innovative Technologies and System (LiTS) Lai Thiam Sin berkata sejak mula beroperasi pada 2016, Flexi Parking berjaya mendapat sokongan 46 PBT merentasi pelbagai negeri sekali gus menjadikannya aplikasi parkir pintar bersepadu terbesar di negara ini.

Beliau berkata, 46 PBT berkenaan merangkumi 15 di Perak, 11 di Selangor, tujuh di Kelantan, empat di Kedah, masing-masing dua di Sabah, Negeri Sembilan dan Pahang, serta satu PBT di Terengganu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya.

“Flexi Parking juga berjaya mencatat transaksi pembayaran parkir tertinggi dalam satu hari di Malaysia (Most Transactions Per Day), iaitu sebanyak 461,265 transaksi pada 7 Mei lalu, meliputi perkhidmatan seperti bayaran parkir sejam, pas bulanan, tambah nilai kredit aplikasi, serta bayaran saman dan denda,” katanya.

“Sejak rekod itu dicipta, jumlah transaksi harian tertinggi Flexi Parking terus meningkat dan ini membuktikan sokongan semua pihak dalam penggunaan aplikasi ini di seluruh negara. Kedua-dua pengiktirafan ini diberikan kepada Flexi Parking, sebuah aplikasi inovatif tempatan yang mentransformasikan system parkir awam di Malaysia secara digital dan efisien,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurut Lai, Flexi Parking menjadi pemudah cara utama bagi pemilik kenderaan kerana tidak lagi memerlukan tiket atau wang tunai semasa membuat bayaran parkir, sebaliknya semua urusan boleh dilakukan melalui telefon pintar.

Pengiktirafan itu disampaikan wakil MBOR Megat Faris Hussein Megat Muzaffar Shah kepada Lai di Majlis Penyampaian Anugerah Malaysia Book of Records di DoubleTree by Hilton, I-City di sini yang turut disaksikan Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan