Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Jadikan Rasulullah Teladan Dalam Hadapi Cabaran Bina Bangsa, Negara - PM Anwar

05/09/2025 09:34 AM

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam di negara ini menghadapi cabaran membina bangsa dan negara bersama-sama dengan berpaksikan sunah serta meneladani perjuangan Rasulullah SAW.

Beliau berkata melalui kepimpinan Baginda di Madinah, Rasulullah telah meletakkan asas-asas kemadanian seperti martabat insan, prinsip keadilan dan kedaulatan hukum, nilai ilmu dan akhlak serta nilai-nilai kemanusiaan berasaskan nilai-nilai keagamaan.

 “Masyarakat madani dalam erti umat yang berjaya dibentuk oleh Nabi SAW di Madinah itu adalah khayra ummah, iaitu masyarakat atau umat unggul.

Ad Banner

“Umat ini dicirikan dengan keimanan, nilai-nilai khayr (kebaikan), memberi manfaat kepada kemanusiaan sejagat, serta beriltizam terhadap tanggungjawab pendaulatan nilai-nilai ma'ruf dan pembasmian gejala-gejala mungkar,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook sempena Maulidur Rasul 1447H/2025M hari ini.

Anwar berkata dengan penghayatan dan kefahaman mendalam mengenai esensi ajaran dan warisan Nabi SAW, ia akan terus memandu dan menggerakkan seluruh umat Islam untuk berkerja lebih kuat, berdisiplin dan optimis terhadap masa depan.

-- BERNAMA

Ad Banner

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan