Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

SPRM Terima Pengiktirafan MBOR

25/09/2025 06:04 PM

KUALA NERUS, 25 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu hari ini menerima pengiktirafan bagi penganjuran aktiviti di bawah program ‘Largest Turn Out In TVET Fair' (penyertaan teramai dalam pameran TVET) oleh Malaysia Books of Records (MBOR).

Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid berkata sijil pengiktirafan bagi kategori agensi kerajaan itu disampaikan oleh Ketua Penyelidikan MBOR Siti Nurhanim Mohd Noh di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Turut hadir Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Dr Mohd Daud Isa.

Ad Banner

Beliau berkata SPRM yang berperanan sebagai penyedia program bagi Mega Fiesta TVET POLYCC 2025 telah melaksanakan dua aktiviti iaitu Pertandingan Diorama Antirasuah dan Diskusi Antirasuah Dana Awam 2025.

"SPRM telah menjalankan dua program tersebut secara serentak pada 27 Ogos lalu. Selain SPRM, terdapat 28 agensi lain yang terlibat sebagai penyedia program di Mega Fiesta TVET POLYCC 2025," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hazrul Shazreen berkata penganjuran Mega Fiesta TVET POLYCC 2025 yang diadakan pada 15 Julai hingga 25 Sept lepas berjaya menarik sebanyak 149,663 peserta.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan