KOTA BHARU, 26 Jan (Bernama) -- Polis mengesahkan penemuan satu objek besi disyaki bom di kawasan ladang sawit milik syarikat Hidayah Yakin Sdn Bhd di Gua Ikan, Kuala Krai di sini, tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata Balai Polis Dabong menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan objek berkenaan pada 12.28 tengah hari sebelum sepasukan polis digerakkan ke lokasi bagi melakukan kawalan keselamatan.
Beliau berkata Pasukan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan turut berada di lokasi untuk menjalankan siasatan awal, selain kawasan kejadian ditutup sepenuhnya kepada orang awam.
“Hasil siasatan mendapati objek tersebut merupakan bom jenis Aerial “bom-air drop” dengan panjang kira-kira 58 sentimeter.
"Tindakan pemusnahan berjaya dilaksanakan pada 5.56 petang tadi tanpa melibatkan sebarang kerosakan harta benda awam atau kehilangan nyawa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya menemui sebarang objek atau bahan yang menyerupai bahan letupan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial