Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Pelatih PLKN Teruja Sambut Tahun Baharu Cina Bersama 'Keluarga Besar' Di Kem

16/02/2026 12:51 PM

Oleh Afifitri Muhammad

KUANTAN, 16 Feb (Bernama) --  Dua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) teruja apabila buat pertama kalinya menyambut Tahun Baharu Cina bersama ‘keluarga besar’ di Kem Rejimen 505 (AW) Kem Force 136 di Pekan. 

Liang Calvin, 18, berkata meskipun berasa sedih kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman, beliau tetap teruja kerana dapat meraikan perayaan itu bersama rakan pelatih daripada pelbagai kaum.

Ad Banner
Ad Banner

Pelatih yang berasal dari Jerantut itu berkata meskipun jauh daripada keluarga, beliau menganggap ia suatu kenangan manis selain mengukuhkan semangat perpaduan.

“Memang rasa sedih sebab tak dapat terima angpau dan makan besar dengan keluarga, tapi di sini saya dapat sambut dengan kawan-kawan Melayu dan India yang saya anggap keluarga besar saya. Ini satu pengalaman baharu yang tak boleh dilupakan,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini. 

Senada dengan Liang, Tee Yih Khye, 18, dari Pulau Pinang berkata walaupun tidak dapat bersama keluarga, meraikan perayaan itu bersama rakan pelatih pelbagai kaum memberikan makna tersendiri.

“Kami sambut bersama-sama sebagai satu Malaysia. Walaupun jauh dari keluarga, pengalaman ini mengeratkan lagi hubungan antara kami,” katanya.

Tee berharap pihak kem dapat menyediakan pelbagai juadah istimewa berteraskan cita rasa pelbagai kaum sebagai usaha memperkenalkan kepelbagaian budaya kepada pelatih daripada latar belakang berbeza.

“Selalunya apabila makan besar bersama keluarga, mesti ada hidangan seperti yee sang dan ikan kukus serta pelbagai menu tradisi lain.

"Namun, jika turut disajikan makanan tradisi Melayu, India serta Sabah dan Sarawak, suasana pasti lebih meriah dan bukan sahaja menggembirakan saya malah semua pelatih,” katanya.

--  BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan