Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

06/03/2026 06:09 PM

SHAH ALAM, 6 Mac (Bernama) -- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor meluluskan tajaan penuh ibadah haji tahun ini kepada 75 jemaah dari negeri itu melibatkan kos sebanyak RM1.2 juta. 

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata jumlah jemaah itu turut menyaksikan peningkatan sebanyak 29 individu berbanding 46 jemaah yang mendapat manfaat tajaan penuh bagi musim haji tahun lepas.

“Bagi meringankan urusan perjalanan, Kerajaan Negeri dan Yayasan MBI akan turut menyampaikan bantuan RM1,500 kepada 75 jemaah ini.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Syarat dan kelayakan jemaah yang bakal menerima manfaat tajaan penuh akan diusahakan dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji melalui syor Jabatan Agama Islam sebelum disembah maklum untuk perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Amirudin berkata mengambil kira situasi tidak menentu di Timur Tengah, pihaknya juga akan bekerjasama rapat dengan Wisma Putra bagi memastikan keselamatan perjalanan jemaah Selangor dalam menunaikan ibadah itu.

Dalam kenyataan sama, beliau turut mendoakan agar keadaan di Timur Tengah kembali aman dan mengajak semua pihak yang terlibat untuk kembali ke meja rundingan sebagai jalan penyelesaian.

“Dunia tidak boleh membenarkan budaya pelanggaran undang-undang antarabangsa untuk dinormalisasikan terutamanya dalam keadaan rakyat biasa sedang menjadi mangsa,” katanya. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan