Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Musyawarah Nasional Wadah Strategik Rumus Penyelesaian Cabaran Ummah - Ahmad Zahid

14/04/2026 09:46 AM

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Musyawarah Nasional diharap menjadi platform yang menghimpunkan pertubuhan bukan kerajaan Islam dan Melayu, ahli profesional, tokoh berpengaruh serta pemimpin pendapat untuk berinteraksi, bertukar pandangan dan merumuskan penyelesaian terbaik kepada cabaran dihadapi ummah hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata platform itu juga berperanan sebagai medan menghimpunkan hikmah dan membawa manfaat besar bukan sahaja kepada umat Melayu dan Islam, tetapi kepada masa depan negara secara keseluruhan.

"Hari ini saya menyerahkan watikah pelantikan kepada lima Pengerusi Teras Musyawarah Nasional yang akan memacu perbincangan dalam bidang kepakaran masing-masing merangkumi agama, politik, ekonomi, pendidikan dan sosial," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ad Banner

Ahmad Zahid berkata beliau bersama bekas Menteri Besar Johor Tan Sri Abdul Ghani Othman yang dilantik  Pengerusi Musyawarah Nasional turut meneliti perkara-perkara yang boleh digerakkan demi masa depan pembangunan ummah.

Antara penerima watikah tersebut ialah Pengerusi Eksekutif Dagang NeXchange Bhd (DNeX) Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir Jamalullail selaku Pengerusi Teras Ekonomi dan Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim sebagai Pengerusi Teras Agama.

Ahmad Zahid sebelum ini memaklumkan Musyawarah Nasional akan menumpukan kepada lima teras utama meliputi agama, politik, ekonomi, pendidikan dan sosial bagi menghimpunkan pemikiran, pandangan serta cadangan strategi dalam merangka hala tuju strategik masa depan masyarakat Melayu dan negara.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan