BERITA TERGEMPAR   Over RM15 billion in financing support provided to micro, small and medium enterprises this year - MoF | 
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Nasib Keluarga Dua Beradik Lemas Dapat Perhatian Perdana Menteri

14/05/2026 08:12 PM

KUALA TERENGGANU, 14 Mei (Bernama) -- Nasib ahli keluarga dua beradik perempuan yang ditemukan lemas dalam tragedi di Sungai Jeram di Manir dekat sini pada petang Selasa lepas, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghulurkan sumbangan hari ini.

Penyampaian sumbangan wang tunai RM4,000 itu diwakili Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri (ICU JPM) Terengganu Datuk Abdul Kahar Abdul Latif bagi meringankan beban keluarga Allahyarham Nur Afiqah Shahirah Mohd Shawalluddin dan Allahyarham Nur Shahila Shahirah Azman.

Abdul Kahar berkata sumbangan berkenaan menandakan rasa simpati Perdana Menteri terhadap keluarga dua kanak-kanak tersebut, terutama kepada ibu mereka Suria Sulong, 34, yang berstatus ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU) lembam serta nenek mereka Esah Salleh, 76.

Ad Banner
Ad Banner

“Semoga bantuan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini dapat meringankan beban keluarga ini. Kita juga akan lihat keperluan lain yang boleh diberi memandangkan kini Mak Cik Esah hanya tinggal berdua dengan anaknya (Suria) setelah pemergian dua beradik itu.

“Mereka hanya bergantung pada bantuan antaranya daripada JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan Maidam (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) serta komuniti setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada Esah dan Suria di rumah mereka di Kampung Jeram, dekat Manir, di sini.

Ad Banner
Ad Banner

Dalam pada itu, Esah menzahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada Perdana Menteri atas sumbangan tersebut yang akan digunakannya sebaik mungkin bagi meneruskan kehidupan bersama-sama Suria.

“Alhamdulillah, ramai yang prihatin akan nasib kami termasuk Perdana Menteri … saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang bersimpati dan menolong saya serta anak saya (Suria),” katanya sambil mengakui berasa sunyi setelah kehilangan kedua-dua cucu yang dijaganya sejak kecil itu.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang pada Selasa lepas, Nur Afiqah Shahirah, 15, yang juga OKU lembam bersama-sama adiknya Nur Shahila Shahirah, 12, dilaporkan lemas selepas dibawa arus deras ketika sedang mandi-manda bersama dengan dua lagi rakan mereka.

Kejadian itu menyebabkan dua rakan mereka hampir lemas, namun sempat diselamatkan penduduk kampung.

 -- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan