Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Bot Karam: Operasi Hari Kelima Temukan Mayat Ke-12, Dua Masih Hilang

15/05/2026 09:05 PM

IPOH, 15 Mei (Bernama) -- Mayat ke-12 mangsa bot karam di perairan Pulau Pangkor ditemukan pagi tadi, dalam operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari kelima.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak dalam kenyataan memaklumkan mayat wanita itu ditemukan 31.5 batu nautika dari tempat kejadian oleh nelayan tempatan.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada aset milik APMM, iaitu PERKASA 1239 dan tiba di Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh pada 2.35 petang tadi,” menurut kenyataan itu.

Ad Banner
Ad Banner

Operasi SAR yang bermula seawal 7 pagi tadi dilaksanakan dalam radius pencarian meliputi kawasan seluas kira-kira 215.14 batu nautika persegi dari lokasi kejadian.

Operasi turut melibatkan tujuh aset, iaitu Kapal Maritim (KM) Malawali (APMM), Benteng 1203 (APMM), KD Sri Indera Sakti (TLDM) FCB 1001 (TLDM), FCB 1030, PSC 16 (Pasukan Polis Marin (PPM)) dan PSC 24 (PPM) bagi mencari dua lagi mangsa yang masih hilang.

Dalam kejadian 11 Mei lepas, sebuah bot dipercayai membawa 37 migran warga Indonesia dilaporkan tenggelam kira-kira 8.2 batu nautika dari Pulau Pangkor ketika dalam perjalanan menuju ke beberapa destinasi di Malaysia.

Ad Banner
Ad Banner

Setakat ini, sebanyak 23 mangsa berjaya diselamatkan.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan