Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Polis Ambil Keterangan Tujuh Individu Bantu SAR Pendaki Hilang Di Gunung Batu Putih

28/05/2026 05:43 PM

TAPAH, 28 Mei (Bernama) -- Polis telah mengambil keterangan tujuh individu, termasuk suami mangsa bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang selepas mendaki Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah DSP Mohd Fadzil Ismail berkata enam lagi yang dipanggil memberi keterangan ialah Malim Gunung Perhutanan (MGP) yang menyertai operasi berkenaan. 

“Kami ambil keterangan bagi mengetahui dan memudahkan urusan pencarian dilakukan. Kami akan bertukar maklumat dengan bomba dan hasilnya setakat ini positif,” katanya pada sidang media selepas hadir di Pos Kawalan Bomba (PKB) di Pos Kuala Poh di sini hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Turut hadir Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Datuk Sayani Saidon.

Mohd Fadzil berkata operasi bersepadu dan terancang pelbagai agensi diharap membawa kepada penemuan Jaslinda Saludin, 49, yang telah hilang lebih 72 jam dan terputus sumber minuman dan makanan.

Beliau turut berharap keluarga mangsa diberikan ruang, selain orang ramai turut diingatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan operasi yang dilaksanakan.

Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua MGP memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei lepas melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Jaslinda dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun mangsa dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada 24 Mei lepas (7.30 pagi).

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan