Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Fahmi Ucap Takziah Kepada Keluarga Abas Awang

06/06/2026 11:51 AM

KUANTAN, 6 Jun (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Abas Awang, atas pemergian bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) itu semalam. 

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR berkata segala jasa, pengorbanan serta sumbangan Allahyarham kepada parti dan rakyat akan sentiasa dikenang.

“Takziah kepada seluruh ahli keluarga, semoga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan dipermudah segala urusan,” katanya. 

Ad Banner
Ad Banner

Abas meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Allahyarham pernah menerajui Biro Pendidikan PKR kira-kira sedekad lepas dan masih aktif bersama PKR Pahang hingga ke akhir hayatnya.

-- BERNAMA 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan