Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

SPRM Terengganu Diseru Perluas Jaringan Kerjasama Pelbagai Agensi Negeri

07/06/2026 05:39 PM

KUALA TERENGGANU, 7 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu digalakkan memperluaskan jaringan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi di peringkat negeri.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata pendekatan itu penting bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

“Hubungan baik antara SPRM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu terus diperkasa memandangkan kerjasama erat antara kedua-dua agensi itu memainkan peranan penting dalam menyokong pelaksanaan tugas penguatkuasaan secara lebih berkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini selepas mempengerusikan Mesyuarat Prestasi SPRM Terengganu Bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM di SPRM Terengganu di sini hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Dalam pada itu, Abd Halim turut menggesa warga SPRM di negeri berkenaan supaya terus memperbanyakkan program ceramah dan kesedaran di sekolah rendah serta sekolah menengah bagi memupuk nilai integriti kepada generasi muda.

Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen dan dedikasi warga SPRM Terengganu yang berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan penuh cemerlang serta mencapai sasaran ditetapkan seperti yang dibentangkan pada mesyuarat itu. 

Menurut Abd Halim, kejayaan pencapaian melibatkan prestasi operasi, pengurusan organisasi, inisiatif tatakelola serta pelaksanaan program pendidikan masyarakat bagi tempoh 2025 hingga Mei 2026 membuktikan komitmen tinggi warga SPRM Terengganu dalam memperkukuh agenda integriti serta meningkatkan kesedaran antirasuah di negeri ini.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid dan Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Terengganu Suryani Ali.  

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan