KLANG, 8 Jun (Bernama) -- Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini telah melaksanakan langkah kawalan secara berkala bagi mengawal gangguan burung merpati memasuki wad hospital itu.
HTAR menerusi kenyataan hari ini memaklumkan antara langkah itu ialah pemangkasan pokok oleh syarikat konsesi dan pemantauan berterusan di kawasan wad serta bangunan hospital.
Hospital itu turut mendapatkan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memperkukuh usaha mengawal gangguan burung di kawasan hospital.
“Untuk makluman, terdapat burung merpati dan gagak menjadikan pokok di sekitar hospital sebagai habitat. Keadaan ini berpotensi menyebabkan burung memasuki kawasan bangunan hospital secara tidak sengaja.
“Semua langkah yang bersesuaian akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi mengurangkan risiko kejadian seumpama ini berulang,” menurut kenyataan itu.
HTAR memaklumkan pihak hospital komited untuk memastikan persekitaran hospital sentiasa selamat, bersih dan kondusif demi kesejahteraan pesakit, pelawat serta warga kerja hospital.
Terdahulu, video memaparkan beberapa burung merpati di dalam wad sebuah hospital tular di media sosial.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial