Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

SPRM, MOF Perkukuh Kerjasama Strategik Membabitkan Kes Berprofil Tinggi

09/06/2026 07:55 PM

PUTRAJAYA, 9 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Kewangan (MOF) terus memperkasa komitmen bersama dalam membanteras penyelewengan dan ketirisan demi memelihara kedaulatan ekonomi negara. 

Komitmen ini dizahirkan melalui kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ke atas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Johan Mahmood Merican di MOF di sini, hari ini.

Pertemuan strategik yang berlangsung hampir sejam itu menjadi platform penting bagi kedua-dua pihak memperkukuh jalinan kerjasama khususnya dalam mengendalikan kes berprofil tinggi.

Ad Banner
Ad Banner

Abd Halim menerusi satu kenyataan berkata SPRM dan MOF turut membincangkan mengenai pasukan petugas khas atau jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi mengendalikan hal berkaitan mengikut keperluan semasa.

“Dalam usaha memastikan siasatan dan pemulihan aset berjalan dengan lebih tuntas, tumpuan perbincangan terarah kepada pasukan petugas khas serta jawatankuasa khas yang ditubuhkan secara khusus untuk mengendalikan kes tersebut.

"SPRM juga menyatakan kesediaan memberikan kerjasama penuh serta bantuan menyeluruh dari segi perundangan, penguatkuasaan dan aspek teknikal bagi menyelesaikan kes berkaitan ke akar umbi,” katanya.

Sesi kunjungan hormat tersebut diakhiri dengan penyerahan cenderahati sebagai simbolik keutuhan jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan