Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Amaran Ribut Petir Di Lima Negeri, KL, Labuan Hingga Tengah Malam Ini

09/06/2026 09:41 PM

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan sehingga 12 tengah malam ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, selain beberapa daerah di Pahang iaitu Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin.

Di Selangor, kawasan yang dijangka terjejas ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat, manakala di Johor membabitkan Batu Pahat dan Pontian.

Ad Banner
Ad Banner

Di Sabah, keadaan cuaca sama diramalkan berlaku di kawasan Pedalaman meliputi Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan, selain Ranau di Pantai Barat, Lahad Datu di Tawau serta Tongod, Telupid dan Kinabatangan di Sandakan.

Sementara itu, di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Serian, Sri Aman dan Betong, selain Pakan dan Julau di Sarikei, Kanowit di Sibu, Bintulu dan Sebauh di Bintulu, serta Miri dan Limbang.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan