COVID-19

COVID-19: 688 individu ditahan ingkar PKP

25/10/2020 05:54 PM

KUALA LUMPUR, 25 Okt -- Seramai 688 individu ditahan semalam kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), meningkat berbanding 585 individu pada hari sebelumnya (Jumaat).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, seramai 678 individu dikompaun manakala 10 lagi direman.

“Kesalahan yang dilakukan ialah ingkar penjarakan fizikal (213), tidak memakai pelitup muka (211), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (136), rentas negeri dan daerah PKPB tanpa kebenaran (37), dan lain-lain (91),” katanya dalam kenyataan mengenai pelaksanaan PKP  hari ini.

Mengulas mengenai Operasi Benteng bagi mengawal sempadan negara daripada dibolosi pendatang tanpa izin selain membendung penularan wabak COVID-19, beliau berkata seramai 10 warga asing telah ditahan dan sebanyak lima kenderaan darat berjaya dirampas semalam.

Sebanyak 303 sekatan jalan raya dilaksanakan semalam, katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata sejak 24 Julai hingga semalam, seramai 54,312 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan telah ditempatkan di 65 hotel serta 17 premis lain termasuk institut latihan awam (ILA) serta institusi pengajian swasta di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, seramai 8,683 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 381 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan. Seramai 45,248 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang,” katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan