COVID-19

Perwira Malaysia, Kelab My Sarawak sasar agih 700 bakul makanan untuk golongan terjejas COVID

26/10/2021 04:55 PM

SIBU, 26 Okt -- Pertubuhan Usahawan Bumiputera Malaysia (Perwira Malaysia) dan Kelab My Sarawak menyasarkan untuk mengagihkan kira-kira 700 bakul makanan kepada golongan kurang bernasib baik di negeri ini yang terjejas akibat jangkitan COVID-19.

Timbalan Presiden Nasional Perwira Malaysia Datuk Fazmimahzan Mat Derus berkata agihan bakul makanan tersebut dibuat melalui tiga program yang telah dirangka di Sarawak iaitu di Balai Polis Hulu Lanang di sini hari ini dan Balai Polis Siburan serta Ibu Pejabat FAMA Sarawak, di Kuching dalam minggu ini.

Menurutnya, senarai penerima yang layak dan dikenal pasti di negeri ini diperoleh daripada Jabatan Kebajikan Masyarkat (JKM).

“Hari ini sebanyak 200 bakul makanan dan lima kerusi roda diagihkan kepada mereka yang terjejas akibat jangkitan COVID-19. Kita bukan setakat akan agihkan makanan tetapi juga termasuk susu dan lampin bayi,” katanya pada sidang media selepas Misi Prihatin COVID-19 Siri 5 di Balai Polis Hulu Lanang di sini.

Sementara itu, Fazmimahzan yang juga Penasihat Kelab My Sarawak berkata, Perwira Malaysia Cawangan Sarawak yang baru ditubuhkan akan mengadakan mesyuarat agung untuk pembentukan jawatankuasa dalam minggu ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan