COVID-19

COVID: 98.3 peratus daripada 5,726 kes baharu dari kategori satu dan dua - KP Kesihatan

26/10/2021 07:45 PM

KUALA LUMPUR, 26 Okt -- Sebanyak 5,629 kes atau 98.3 peratus daripada 5,726 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini melibatkan pesakit kategori satu dan dua, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan berhubung perkembangan kes COVID-19 dalam negara hari ini, beliau berkata 97 kes  lagi atau 1.7 peratus melibatkan kategori tiga, empat dan lima. 

“Ini menjadikan kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini berjumlah 2,442,224 kes. Bagi kes harian, 15 daripadanya merupakan kes import dan 5,711 adalah kes tempatan. 

“Sebanyak 5,607 kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh 2,340,390. Selain itu, 598 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 308 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan itu.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata tujuh kluster baharu dikenal pasti dengan lima daripadanya melibatkan kluster tempat kerja serta masing-masing satu bagi kluster komuniti dan pendidikan tinggi. 

Beliau berkata kadar kebolehjangkitan atau Rt seluruh negara hari ini ialah 0.89 dengan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan mencatatkan kadar Rt paling tinggi iaitu 0.99 manakala Labuan satu-satunya negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan sifar.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 dalam negara akan dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data akan dikemas kini pada pukul 12 tengah malam setiap hari.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan