DUNIA > BERITA

KRU SHENZHOU-18 BERJAYA MASUK STESEN ANGKASA

26/04/2024 03:01 PM

BEIJING, 26 April (Bernama-CMG) -- Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.

Kedatangan tiga angkasawan berkenaan turut disambut kru Shenzhou-17 yang sedang bertugas di stesen angkasa itu.

Dua kru itu akan melakukan pertukaran syif dan bertugas bersama selama kira-kira lima hari untuk menyelesaikan pelbagai kerja yang ditetapkan.

Semasa bertugas di stesen angkasa lepas, kru Shenzhou-18 dijadual melakukan aktiviti luar kenderaan (EVA) sebanyak beberapa kali dan menjalankan uji kaji serta pengaplikasian melibatkan fizik asas mikrograviti, sains bahan angkasa, sains hayat angkasa, perubatan angkasa dan teknologi angkasa.

Kapal angkasa Shenzhou-18 dilancarkan dengan roket pembawa Long March-2F dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan pada 8.59 malam Khamis. Kira-kira 10 minit kemudian, kapal angkasa itu berjaya memasuki orbit yang disasarkan.

Ia juga merupakan misi penerbangan kali ke-518 bagi roket pembawa Long March.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan