DUNIA > BERITA

TIGA KONSISTENSI BEIJING DALAM KENDALI HUBUNGAN CHINA, AS

26/04/2024 04:05 PM

BEIJING, 26 April (Bernama-CMG) -- Menteri Luar China Wang Yi pada Jumaat mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS).

Wang yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) menyatakan perkara itu semasa mengadakan perbincangan bersama Setiausaha Negara AS Antony Blinken di sini.

Beliau berkata hubungan China-AS secara umumnya kembali stabil, menyaksikan kekerapan dialog dan kerjasama pelbagai bidang bertambah, yang turut mendapat sambutan baik rakyat kedua-dua negara dan juga masyarakat antarabangsa.

Wang juga mengakui masih wujudnya unsur negatif dalam hubungan China-AS selain berdepan pelbagai gangguan dan sabotaj.

Menurut beliau, hak pembangunan China yang sah ditindas secara tidak munasabah dan kepentingan teras China sentiasa dicabar.

Justeru, Menteri Luar menegaskan sikap konsisten yang ditunjukkan Beijing ketika melihat dan mengembangkan hubungan China-AS dari perspektif visi komuniti berkongsi nasib sesama insan.

"Kami (China) sentiasa mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap rakyat, dunia dan masa hadapan," kata Wang.

Beliau berkata China berpendirian konsisten dalam menggerakkan pembangunan hubungan kedua-dua negara yang stabil, sihat dan mampan berasaskan prinsip saling hormat, wujud bersama secara damai dan kerjasama saling untung.

Selain itu, Wang juga memberi penekanan kepada tuntutan China yang kekal konsisten, iaitu saling menghormati kepentingan teras satu sama lain.

"AS tidak seharusnya mencampuri urusan dalaman ataupun menindas pembangunan China.

"Jangan injak garis merah China apabila ia berkaitan dengan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan China," kata beliau.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan