DUNIA > BERITA

30 TERBUNUH DALAM PENGEBOMAN ISRAEL DI SEKOLAH GAZA

06/06/2024 11:37 AM

GAZA, 6 Jun (Bernama-Xinhua) -- Sekurang-kurangnya 30 warga Palestin maut, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita manakala puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah sekolah yang menempatkan penduduk kehilangan tempat tinggal di kem Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza, kata sumber perubatan kepada Xinhua pada pagi Khamis.

Menurut sumber, jet pejuang Israel mengebom sekurang-kurangnya tiga bilik darjah dengan beberapa peluru berpandu.

Dalam satu kenyataan, pejabat media kerajaan Gaza yang dikendalikan oleh Hamas mengutuk serangan Israel ke atas sekolah itu sebagai "pembunuhan beramai-ramai yang dahsyat".

Menurut pihak berkuasa itu, serangan berterusan oleh tentera Israel "adalah bukti jelas jenayah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan terhadap orang awam".

Israel masih belum memberi sebarang kenyataan mengenai insiden berkenaan.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan