DUNIA > BERITA

TENTERA ISRAEL SERANG BEBERAPA KAWASAN DI TEBING BARAT, HARI KEDUA AIDILADHA

17/06/2024 09:11 PM

RAMALLAH (Palestin), 17 Jun (Bernama-Anadolu) -- Tentera Israel menyerang beberapa kawasan di seluruh Tebing Barat yang diduduki dan menyerbu rumah-rumah penduduk Palestin pada Isnin, hari kedua perayaan Aidiladha, kata saksi.

Saksi memberitahu Anadolu tentera Israel menyerang Bandar Qalqilya, menyerbu rumah-rumah dan merosakkan harta benda mereka, lapor Agensi Anadolu.

Sekurang-kurangnya seorang wanita Palestin, dikenali sebagai Donia Dawood, telah ditahan sebelum pasukan itu berundur.

Pasukan Israel juga menyerbu kem pelarian Aqbat Jabr di Bandar Jericho, menggeledah beberapa rumah dan menyoal siasat penduduk dengan kasar.

Tentera Israel kerap menjalankan serbuan di Tebing Barat sejak beberapa tahun lepas dan semakin meningkat dengan bermulanya serangan ke atas Gaza pada bulan Oktober lepas.

Penduduk Palestin juga menghadapi serangan ganas daripada peneroka haram.

-- BERNAMA-ANADOLU


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan