DUNIA > BERITA

PM HAITI CONILLE DALAM KEADAAN STABIL SELEPAS DIMASUKKAN KE HOSPITAL

10/06/2024 12:42 AM

MOSCOW, 9 Jun (Bernama-Sputnik) -- Keadaan Perdana Menteri Haiti, Garry Conille, yang dilaporkan dimasukkan ke hospital selepas serangan asma, kini stabil, kata pejabatnya pada Ahad, lapor Sputnik.

Agence France-Presse sebelum ini melaporkan bahawa Conille dimasukkan ke hospital selepas serangan asma, sambil menambah bahawa Perdana Menteri itu mungkin akan dihantar ke luar negara untuk rawatan.

"Selepas seminggu menjalani aktiviti yang intensif, pada petang Sabtu, 8 Jun 2024, Perdana Menteri Garry Conille merasa kurang sihat dan pergi ke hospital untuk mendapatkan bantuan. Keadaannya kini stabil," kata pejabatnya dalam satu kenyataan di laman X.

Pada akhir Mei, Majlis Peralihan Presiden Haiti memilih Conille, Pengarah Jabatan Tempatan Tabung Darurat Kanak-kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), untuk mengetuai kerajaan sementara. Beliau pernah berkhidmat sebagai perdana menteri pada tahun 2011-2012.

Haiti telah lama dilanda krisis sosial dan politik yang meningkat selepas pembunuhan Presiden Jovenel Moise pada 7 Julai 2021. Negara ini telah menghadapi peningkatan aktiviti kumpulan penjenayah yang belum pernah terjadi sebelumnya, manakala keadaan kemanusiaan semakin merosot akibat pelbagai bencana alam.

-- BERNAMA-SPUTNIK                         

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan