DUNIA > BERITA

7 ASKAR TERKORBAN DALAM SERANGAN BOM KERETA DI BARAT LAUT PAKISTAN

10/06/2024 01:06 PM

MOSCOW, 10 Jun (Bernama-Sputnik) -- Tujuh askar Pakistan terbunuh dalam serangan bom kereta di bandar Lakki Marwat, wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa pada Ahad, menurut perkhidmatan akhbar angkatan tentera Pakistan, lapor Sputnik.

"Pada 9 Jun 2024, satu bahan letupan buatan sendiri (IED) meletup pada kenderaan Pasukan Keselamatan di daerah Lakki Marwat. 

"Akibatnya, Kapten Muhammad Faraz Ilyas, 26, bersama enam lagi anak watan yang berani ... telah meninggal dunia," kata perkhidmatan akhbar itu di X.

Pada 16 Mac, perkhidmatan akhbar itu melaporkan bahawa sekurang-kurangnya tujuh askar Pakistan, termasuk dua pegawai, terbunuh dalam serangan ke atas pos pasukan keselamatan di daerah Waziristan Utara di wilayah Khyber Pakhtunkhwa yang bersempadan dengan Afghanistan.

--BERNAMA-SPUTNIK

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan