DUNIA > BERITA

JET PEJUANG SU-34 RUSIA TERHEMPAS DI OSSETIA UTARA

11/06/2024 05:03 PM

MOSCOW, 11 Jun (Bernama-Xinhua) -- Sebuah jet pejuang Su-34 milik Tentera Aeroangkasa Rusia terhempas di Ossetia Utara pada Selasa selepas mengalami masalah teknikal hingga mengorbankan seorang anak kapal, lapor Xinhua memetik Kementerian Pertahanan Rusia.

"Sebuah pesawat Su-34 Tentera Aeroangkasa Rusia terhempas di kawasan pergunungan di Republik Ossetia Utara-Alania semasa menjalani latihan penerbangan.

"Pesawat itu terhempas di kawasan yang tidak berpenghuni, namun seorang anak kapal terbunuh," menurut kementerian itu.

-- BERNAMA-XINHUA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan