DUNIA > BERITA

ISTANA VERSAILLES DIBUKA SEMULA SELEPAS AMARAN KEBAKARAN

12/06/2024 12:40 AM

PARIS, 11 Jun (Bernama-Xinhua) -- Istana Versailles dibuka semula selepas amaran kebakaran menyebabkan pengungsian sementara pada petang Selasa, menurut pengumuman daripada tapak pelancongan terkenal Perancis itu di media sosial X, lapor Xinhua.

"Insiden itu berjaya dikawal dengan cepat dan orang ramai dipindahkan sebagai langkah keselamatan. Istana dan taman kini dibuka," kata Istana Versailles. Namun, ia tidak memberikan butiran lanjut mengenai insiden berkenaan.

Operasi bomba yang "sangat penting" telah dijalankan di tapak itu sejak tengah hari, lapor akhbar harian Perancis Le Figaro. Beberapa video di media sosial menunjukkan asap keluar dari istana itu sementara pengunjung dipindahkan.

Salah satu khazanah negara Perancis, bekas kediaman diraja itu menyambut berjuta-juta pengunjung setiap tahun. Taman di Versailles akan menjadi tempat acara ekuestrian dan pentathlon moden sempena Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024.

-- BERNAMA-XINHUA            

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan