DUNIA > BERITA

INDIA BAWA PULANG JASAD 45 MANGSA KEBAKARAN DI KUWAIT

14/06/2024 04:41 PM

NEW DELHI, 14 Jun -- Kerajaan India pada Jumaat berkata ia telah membawa pulang jasad 45 pekerja negara itu yang terkorban dalam kebakaran di Kuwait, minggu ini.

"Sebuah pesawat khas IAF (Tentera Udara India) yang membawa jasad 45 mangsa warga India dalam insiden kebakaran di Kuwait telah berlepas ke Kochi (bandar selatan India)," kata Kedutaan India di Kuwait dalam hantaran di platform X, lapor Agensi Anadolu.

Sekurang-kurangnya 49 orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada Rabu selepas kebakaran tercetus dari dua bangunan kediaman di bandar Mangaf di selatan Kuwait.

Mejar Jeneral Eid Rashid Al-Owaidan, Pengarah Bukti Forensik di Kementerian Dalam Negeri Kuwait berkata kebanyakan kematian disebabkan terhidu asap.

Menurut kedutaan 45 pekerja India terkorban dalam kebakaran berkenaan manakala 33 orang dimasukkan ke pelbagai hospital di negara Teluk itu.

Selepas insiden kebakaran itu, kerajaan India menghantar Timbalan Menteri Luar Kirti Vardhan Singh ke Kuwait untuk menguruskan "penghantaran pulang awal mayat serta bantuan perubatan kepada mereka yang cedera."

Kedutaan juga menyatakan bahawa daripada 45 mangsa, kebanyakan mereka berasal dari negeri Kerala di selatan India.

Lebih 8 juta pekerja India dianggarkan bekerja di negara Teluk Arab, menurut data rasmi yang dibentangkan di parlimen India pada 2022.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan