DUNIA > BERITA

FIFA KENAKAN LARANGAN PEMINDAHAN KE ATAS KELAB NAMIBIA KERANA PELANGGARAN KONTRAK

14/06/2024 05:19 PM

WINDHOEK (Namibia), 14 Jun (Bernama-Xinhua) -- Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah mengharamkan African Stars FC dari Namibia daripada mendaftarkan mana-mana pemain baharu di peringkat nasional dan antarabangsa untuk tiga tempoh pemindahan berturut-turut.

Keputusan yang diumumkan pada Khamis adalah berikutan kegagalan kelab itu menyelesaikan pertikaian kewangan melibatkan penyerang Ghana, Peter Adiwo.

Adiwo melaporkan African Stars kepada FIFA kerana pelanggaran kontrak selepas kelab itu gagal membayar 180,000 dolar Namibia (AS$9,800) kepadanya dalam tempoh 45 hari yang ditetapkan oleh FIFA, dari 26 April hingga Jun 2024.

"Sehubungan itu, kami ingin memaklumkan kepada pihak-pihak berkenaan bahawa larangan mendaftarkan pemain baharu di peringkat antarabangsa telah dilaksanakan oleh FIFA mulai hari ini," kata kenyataan rasmi FIFA.

Walaupun mengalami kekangan ini, African Stars berjaya mempertahankan gelaran Juara Liga Premier Bola Sepak Namibia pada April tahun ini.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan