DUNIA > BERITA

HUJAN BUATAN BANTU PADAM KEBAKARAN DI GUNUNG UTARA CHINA

16/06/2024 07:21 PM

TAIYUAN (China), 16 Jun (Bernama-Xinhua) -- Kebakaran gunung di wilayah Shanxi, utara China berjaya dipadamkan pada tengah hari Ahad selepas operasi memadam kebakaran berlanjutan selama empat hari dan dibantu hujan buatan, menurut pihak berkuasa tempatan.

Lebih 2,200 anggota bomba, 63 jengkaut dan 88 lori tangki menyertai operasi itu, menurut ibu pejabat respons kecemasan di Daerah Anze di Linfen, lapor Xinhua.

Usaha memadam kebakaran berdepan cabaran ekoran keadaan cerun yang curam, suhu tinggi dan cuaca berangin.

Pihak berkuasa tempatan kemudiannya menjalankan operasi pembenihan awan pada petang Sabtu untuk membantu memadam kebakaran yang berlaku pada Rabu.

Selepas kebakaran berjaya dikawal, anggota bomba mula membersihkan tempat kejadian pada petang Ahad.

Kebakaran gunung di Daerah Anze dipercayai berpunca akibat panahan petir, menurut siasatan.

-- BERNAMA-XINHUA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan