DUNIA > BERITA

SAMSUNG ELECTRONICS AKAN LANCARKAN PUSAT PENYELIDIKAN AI BERSAMA DENGAN UNIVERSITI

17/06/2024 05:37 PM

SEOUL, 17 Jun (Bernama-Xinhua) --  Firma teknologi Korea Selatan, Samsung Electronics berkata pada Isnin bahawa ia akan melancarkan sebuah pusat penyelidikan bersama Kecerdasan Buatan (AI) dengan Seoul National University (SNU), lapor Xinhua. 

Pusat penyelidikan itu akan melaksanakan projek bersama mengenai teknoloji maju AI, seperti AI pada peralatan dan AI pelbagai bentuk untuk tiga tahun akan datang, kata syarikat itu. 

Teknologi AI bersepadu Samsung, termasuk terjemahan masa nyata, dalam telefon pintar kemegahannya Galaxy S24 yang dikeluarkan awal pada tahun ini, sambil meluaskan integrasi AI kepada produk lain.  

Samsung berkata ia akan memupuk dan mendapatkan bakat muda AI menerusi projek bersama itu, yang mana ia dijangka membantu mendapatkan teknologi teras AI dan mengukuhkan daya saingannya dalam dunia AI yang berkembang pantas.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan